Sembelit berlaku apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.
Tanda dan Gejala
Setiap orang mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan. Antara gejala-gejala sembelit :
* Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering
* Perut kembung, kejang atau sakit
* Kurang selera makan
* Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan
* Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak
Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah :
# Kurang serat dalam diet
# Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua)
# Pengubatan
# Susu
# Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (irritable bowel syndrome)
# Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan
# Penyalahgunaan julap
# Menahan untuk membuang air besar
# Kekurangan air
# Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok
# Masalah dengan kolon dan rektum
# Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab)
No comments:
Post a Comment